Berusahalah, bekerjalah, bertawakkal dengan Tuhan jangan lupa
Yakin dengan usaha dan kerja tanpa tawakkal mentuhankan diri namanya
Jangan bertawakkal sahaja tanpa usaha dan bekerja
Ini menafikan usaha dan menolak syariat di dalam kehidupan
Usaha dan tawakkal dua perkara yang mesti ada bersama
Tidak boleh dipisahkan di antara kedua-duanya
Apabila berjaya malulah kepada Tuhan
Kerana usaha kita Dia jayakan
Merendah dirilah kepada-Nya
Puji dan pujalah kepada Tuhan dengan sepuas-puasnya
Janganlah bangga dengan kejayaan, sombong dan takbur namanya
Sombong dan takbur dimurkai Tuhan
Tidak sepatutnya kita lakukan
Begitulah caranya kita berusaha dan bekerja
Kita berusaha jangan tinggalkan Tuhan
Tuhan adalah segala-galanya buat kita
Jangan lupakan Tuhan di dalam berusaha dan bekerja
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi